Ramai tidak sedar dalam
al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting,
perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt.
berfirman,
حَتَّى إَذَا بَلَغَ
أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ
أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ
أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى
تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
“Apabila dia telah
dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku,
tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau
berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal
yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan
(memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada
Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf:
15)
Usia 40 tahun disebut
dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak
kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun
spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah
ke usia dewasa yang sebenar.
Doa yang terdapat dalam
ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun
dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa
mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal
yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan
untuk bertaubat dan kembali kepada Allah
Pada ayat yang lain, firman Allah;
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ
Apakah Kami tidak
memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi
orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu
pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)
Menurut Ibnu Abbas,
Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud
dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat
tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.
Menurut Ibn Kathir, ayat
ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun
hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan
bersungguh2.
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.
Usia 40 tahun adalah
usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan
pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan
ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan
penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara
matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn
‘Abbas:
“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw.
diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2
yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.
Banyak negara menetapkan
untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal
calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi
seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno
menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur
46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47
tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.
Mengapa umur 40 tahun begitu penting.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )
Usia 40 tahun adalah
usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih
kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40
tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan
semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah
di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah
agama.
Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,
لعَبْدُ الْمُسْلِمُ
إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ،
وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ
إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ،
وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ
وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا
تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى
أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ –
رواه الإمام أحمد
“Seorang hamba muslim
bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya
(perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan
memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila
usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan
mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal
kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai
90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan
dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada
anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah
di bumi. (riwayat Ahmad)
Hadis ini menyebut usia
40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah
swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan
meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan
keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan
saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun
mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat
berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak
mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia
bersiap-siap ke neraka.”
Imam asy-Syafi’i tatkala
mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika
ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi
Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang
dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali
telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku
sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk
menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku
sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka
mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang
menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”
Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.
Jika ada yang mengatakan
bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang
dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada
penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus
sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa
tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus
menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan
di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak
panjang.
Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ,” Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati”.
Ramai manusia tertipu
dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi
Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak
kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan
bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita
akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah
menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian,
kerana mati boleh datang pada bila-bila masa. Wallahu a'lam
0 Response to "Waspada Disaat Usia 40 Tahun"
Posting Komentar